Monday 6 May 2013

TAHNIAH KPD YAB PM KITA DAN BN.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamu alaikum w. w.
SETINGGI2 TAHNIAH diucapkan kpd YAB PM kita dan BN kerana masih berkuasa dan masih memegang tampuk pemeritahan Negara Malaysia yang tercinta ini dan PUTRAJAYA masih dibawah kuasa dan pengurusan YAB PM dan BN, Alhamdulillah.
Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkan dan melindungi Negara, Kerajaan dan rakyat Malaysia dari kejahatan, fitnah dan kekacauan yang pihak tidak sayangkan Malaysia hendak timbulkan itu.
Keputusan PRU 13 itu adalah ketentuan dan perancangan Allah. Ada hikmah disebalik ketentuanNya itu.
Dipercayai bukan semua orang Cina tidak menyokong Kerajaan BN. Kumpulan kecil ini perlu dibela dan dijaga dan diwakili.
Didalam perjalanan pulang ke Selangor, saya singgah di Seberang Takir, Trg untuk membeli keropok lekor, saya terlihat kain rentang dan papan iklan yang besar yang mengandungi ayat2 mengajak rakyat menolak kerajaan BN, yang dapat saya baca ialah, seingat saya, "BN menzalimi rakyat ...." gambar calon PAS dipapar bersama.
Semasa di K. Trg, bila mendengar Datuk Seri A.I dan anaknya menang, saya diberi "nampak" sebab mereka menang.
Kesihan penduduk di negeri Kelantan, mengharapkan penukaran tetapi tidak kesampaian. Tapi YAB PM dan BN berkata akan menunaikan Aku Janjinya. Bermakna akan ada air bersih. Sementara itu, yang menyebabkan penduduk menderita dengan air keroh, setiap kali orang mengeloh, anda .... lah.
Kita merancang, Allah menentukan.
Wassalamu alaikum w. w.


No comments:

Post a Comment