Friday 3 May 2013

Seruan Pribadi 4

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamu alaikum w. w.
Saudara dan saudari yang saya sayangi sakelian,
Esok, ramai akan pulang mengundi. Jadi dikirimkan seruan terakhir ini sekarang. Selepas solat Maghrib malam esok, marilah bersama2 saya berdoa untuk memohon kemenangan setiap dan semua calon BN dan sekutu2nya didalam PRU 13, pada Ahad, 5hb. Mei ini dan juga memohon supaya Allah selamatkan dan melindungi Negara, Kerajaan dan rakyat Malaysia dari segala kejahatan, fitnah dan kekacauan yang bakal ditimbulkan oleh orang2 yang tidak sayangkan Malaysia. Usah bimbang jika waktu solat tidak sama. Doa semua tetap akan sampai kepada Allah.
Suka saya kemukakan Hadith yang saya sebutkan sebelum ini:
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ألمسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده , والمؤمن من أمنه الناس على دمائهم , وأموالهم , والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه.  رواه أحمد
Diucapkan Selamat pulang dan sampai ke detinasi dengan selamat dan Selamat Mengundi.
Hingga ketemu lagi, Wassalamu alaikum w. w.
 

No comments:

Post a Comment