Wednesday 1 May 2013

Seruan Pribadi 2

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamu alaikum w. w.
Tuan2 puan2 yang dikasihi sekalian,
Terima kasih banyak2 diatas sokongan yang anda, ahli2 UMNO, MCA dan MIC juga puteri UMNO & MCA berikan terhadap seruan saya semalam itu. Terima kasih sekali lagi.
Insya Allah, malam nanti selepas solat Maghrib, kita akan berdoa untuk kemenangan semua dan setiap calon BN dan sekutu2nya didalam PRU 13, pada Ahad, 5hb Mei nanti dan juga memohon Allah selamatkan dan lindungi Negara, Kerajaan dan rakyat Malaysia dari segala kejahatan, fitnah dan kekacauan yang bakal ditimbulkan oleh orang2 yang tidak sayangkan Malaysia. 
Semasa berdoa setiap calon hendaklah sebut nama sendiri dulu baru sebut "semua calon BN dan sekutu2nya". Hati perlu ikhlas dan yakin.
Kita jumpa selepas solat Maghrib nanti.
Wassalamu alaiku w. w.
 

No comments:

Post a Comment