أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamu alaikum w. w.,
Saudara2 dan saudari2 yang saya kasihi sakelian,
Alhamdulillah dan berbanyak2 terima kasih diatas sokongan anda semua bersama2 saya berdoa kehadharat Allah Subhanahu Wa Taala selepas solat Maghrib semalam. Begitu ramai sekali ahli2 dan penyokong2 BN/YAB Datuk Seri Mohd Najib, berdoa untuk kemenangan semua calon2 BN dan sekutu2nya dan untuk keselamatan Negara, Kerajaan dan rakyat Malaysia.
Pihak pembangkang sedang menggunakan pelbagai cara jahat dan kotor menzalimi, mengkhianati, memfitnahi dan mengancami pihak BN dan pembantu2 dan penyokong2nya, marilah kita pada awal malam ini, selepas solat Maghrib sekali lagi bersama2 saya berdoa untuk kemenangan semua dan setiap calon BN dan sekutu2nya dan juga memohon Allah selamatkan dan lindungi Negara, Kerajaan dan rakyat Malaysia dari segala kejahatan, fitnah dan kekacauan yang bakal ditimbulkan oleh pihak yang tidak cinta dan sayangkan Malaysia.
Hadith riwayat Ahmad dari Abi Hurairah r.a., sabda Nabi s.a.w. "Orang yang beragama Islam itu ialah orang2 Islam lain selamat sentosa daripada kejahatan lidahnya dan tangannya. Dan orang yang beriman itu ialah segala manusia dan darah/nyawa mereka dan harta mereka aman sentosa daripada kerjahatannya."
Apakah perjuangan parti PAS sejajar dengan Hadith tersebut?
Hingga kita ketemu selepas solat Maghrib nanti.
Wassalamu alaikum w. w.
Abdul Hamid M Yusof.
No comments:
Post a Comment